Jumat, 23 Januari 2015

KERJAYA LAKONAN

Khan melancarkan kerjayanya pada tahun 1988 apabila beliau muncul dalam siri televisyen Fauji, memegang watak Komando Abhimanyu Rai.[14] Kemudian beliau memainkan peranan kecil dalam siri Circus pada 1989.[15] yang memaparkan kehidupan ahli serkas. pada tahun yang sama beliau memegang peranan kecil lagi dalam filem televisten In Which Annie Gives it Those Ones. Setelah meninggalnya ibu bapa mereka Khan berpindah dari New Delhi ke Mumbaiuntuk melancarkan semula kerjayanya pada 1991.[16] Kemunculan Bollywood pertamanya dalam filem Deewana (1992) yang disambut hangat terus melancarkan kerjayanya di Bollywood.


Khan menerima ulasan positif untuk persembahan beliau dalam film Baazigar dan Darr (1993), di mana beliau masing-masing memainkan watak anti-hero dan pencinta obsesif. Pada tahun 1995 beliau membintangi Dilwale Dulhania Le Jayenge yang mencapai kejayaan dari segi ulasan dan komersial[17] lalu mencapai tahun kedua belasnya dalam panggung wayang di Mumbai, mengutip lebih satu bilion rupee secara keseluruhannya.[18]
Setelah kejayaan Dilwale Dulhania Le Jayenge Khan dikenali dengan pempasangannya dalam skrin bersama pelakon wanita Kajol yang sama masyhurnya. Kajol mula bekerja dengan Khan dalam Baazigar di mana bermulanya persahabatan mereka. Kini Khan, bersama Kajol dan Karan Johar mempunyai hubungan istimewa.
   Khan meneruskan kolaborasi dengan pengarah-pengarah Yash Chopra dan Karan Johar dengan membintangi beberapa filem romantis arahan mereka yang menjadi kejayaan komersial termasuk Dil to Pagal Hai (1997), Kuch Kuch Hota Hai(1998), Mohabbatein (2000), Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001), Kal Ho Naa Ho (2003) dan Veer-Zaara (2004).[19] Khan juga meraih ulasan positif bagi persembahannya di Anjaam (1994), Dil Se (1998), Hey Ram (2000), Swades (2004), danPaheli (2005) yang tidak disambut sebaik judul-judul film tadi.
   Pada 2006 beliau kembali bekerjasama dengan Karan Johar bagi film ramai bintang berjudul Kabhi Alvida Na Kehna yang berjaya dalam panggung di dalam dan luar negara India. Pada tahun yang sama beliau memegang watak tajuk dalam Don, iaitu pembikinan semula filem 1978 Don yang juga pernah sukses dalam industri.
   Khan juga menerbit filem dan memiliki Dreamz Unl, sebuah syarikat penerbitan filem, bersama Juhi Chawla dan pengarah bernama Aziz Mirza. Dua filem pertama yang diterbit oleh beliau dan juga dibintangi beliau, Phir Bhi Dil Hai Hindustani(2000) dan Asoka (2001) tidak berjaya meraih kutipan lumayan.[20][21]
   Film ketiganya sebagai penerbit dan pelakon utama, Chalte Chalte (2003), merupakan hit pertamanya dari syarikat penerbitan beliau. [22]. Pada 2004 Main Hoon Na yang dihasilkan oleh sebuah lagi syarikat penerbitan beliau, Red Chillies Entertainment, [23] juga berjaya dalam panggung wayang. Pada tahun 2005 beliau menerbit dan membintangi Paheli yang pernah menjadi pilihan India bagi Kategori Filem Asing Terbaik Anugerah Academy namun tidak berjaya memenangi anugerah tersebut. Paheli juga tidak lumayan dalam pawagam.[24] Pada tahun yang sama beliau juga menerbit filem Kaalbersama Karan Johar dan menyanyikan sebuah lagu bagi filem tersebut bersama Malaika Arora Khan.
   Nasreen Munni Kabir, seorang pembikin filem British, menerbitkan satu rancangan dokumentari mengenai Khan, "The Inner and Outer World of Shah Rukh Khan" (2005). Dokumentari ini, yang turut merangkumi jelajah konsert Temptations 2004 beliau, membandingkan dunia dalaman keluarga dan kehidupan seharian Khan dengan dunia luaran kerjayanya. Baru-baru ini buku "Still Reading Khan" yang diterbitkan pada tahun 2006, juga mengisahkan Khan yang bersuara mengenai hidup beliau sekeluarga.
   Kini, Khan memegang peranan Kaun Banega Crorepati, versi India Who Wants To Be a Millionaire?[25] setelah mengambil alih peranan itu daripada Amitabh Bachchan. Rancangan ini dianggap rancangan paling popular dalam sejarah televisyen India. Pada 22 Januari 2007, rancangan kuiz tersebut kembali setelah lama menyepi. Ulasan gaya penyampaian Khan kebanyakannya positif kerana kemesraan dan unsur humor beliau. [26]
   Pada Oktober 2008, kerajaan Melaka di Malaysia mengumumkan bahawa Khan bakal dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.[27] Perkara ini menjadi perbualan hangat bertahap kontroversi kerana ramai pihak, termasuk SENIMAN mempersoalkan sumbangan beliau kepada negara[28], selain menggambarkan filem One 2 Ka 4 di Melaka pada tahun 2001.[29] Beliau hadir di Melaka untuk menerima anugerah tersebut pada 6 Disember.[30]
   Pada Jun 2011, filem My Name is Khan menangi kategori filem terbaik, lirik terbaik, pengarahan terbaik yang dibolot oleh Karan Johar. Pelakon Datuk Shahrukh Khan juga memenangi kategori pelakon lelaki terbaik menerusi filem My Name is Khan dalam Majlis Anugerah Oscar Bollywood di Toronto, Kanada.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar